Hero

Blog

Keep up-to-date with Clash of Clans

Kemas Kini Penyeimbangan Mac 2017

Kemas Kini Penyeimbangan Mac 2017

Pasukan Clash of Clans menangani keseimbangan perlawanan dengan melihat statistik serangan dan menguji main perubahan permainan. Seperti yang digariskan oleh konsep reka kami, kemas kini permainan secara tetap membantu memastikan permainan kekal seronok dan menarik!


Dalam kemas kini keseimbangan ini, kami akan sebarkan kasih sayang kepada askar yang jarang diguna dan membangunkan lagi permainan udara TH11. Sementara itu, pasukan Clash of Clans sedang bekerja keras untuk kemas kini besar yang akan datang!


  • BARU: Pertahanan udara tahap 9 (TH 11)
  • Kos dan masa naik taraf pertahanan udara tahap 4-8 dikurangkan

Dengan askar-askar udara bertahap tinggi semakin mendapat tumpuan, sudah tiba masanya untuk mengeluarkan Pertahanan Udara TH11 yang berwarna terang.


  • Had Benteng tahap 12 ditingkatkan sebanyak 25 (TH11)

Lebih Benteng tahap 12 bermaksud lebih pilihan untuk mempertahan susun atur TH11!


  • Mata serangan Penunggang Khinzir tahap 5-7 ditingkatkan
  • Mata serangan Pelombong ditingkatkan (semua tahap)

Sama ada sebagai yang pertama menyerang atau unit sokongan, kedua-dua Penunggang Khinzir dan Pelombong akan menerima peningkatan kelangsungan hidup dengan galakan ini.


  • Kerosakan Naga tahap 4-6 ditingkatkan
  • Kerosakan P.E.K.K.A tahap 3-5 ditingkatkan

Dengan penambahan kerosakan ini, cabaran untuk membawa pemukul berkuasa bertahap tinggi ini ke target hadiah anda akan menjadi lebih mudah!


  • Kadar kewujudan rangka Ahli Sihir ditingkatkan

Ahli kami yang kerap mendapat kemas kini penyeimbangan, Ahli Sihir, kini mendapat galakan yang menjadikan dia ahli sihir - mewujudkan rangka, rangka berjumlah besar.



Berperanglah!

Pasukan Clash of Clans

Saluran Lain